Kenapa Percutian Bulan Madu Secara Terancang Adalah Pilihan Terbaik?

beautiful couple on the beach in wedding dress

Di Malaysia pasangan yang baru berkahwinan terutamanya kerap kali tidak merancangan percutian bulan madu mereka. Mereka tidak merancang rapi sebagaimana mereka merancang majlis perkahwinan mereka. Mereka hanya akan decide untuk pergi bulan madu sebaik saja majlis baru selesai atau yang kerap berlaku adalah seminggu atau beberapa hari sebelum dengan keputusan yang terburu-buru.

Namun apa yang terjadi sekiranya percutian tidak dikemaskan dengan perancangan yang rapi. Kali ini team bulanmadu.my ingin berkongsi dengan anda apakah kesan dari tidak merancangan percutian bulan madu dan hanya membuat keputusan akhir minit.

#1- Harga Tiket Mahal

Anda ada bajet untuk bercuti ke luar nagara. tapi sengaja anda nak melewatkan-lewatkan tempat tiket penerbangan. Kononnya kalau tak jadi pergi tak adalah rugi. Tapi tahukah anda sebenarnya kalau anda pergi pun anda tetap rugi. Sebab sistem tempahan penerbangan online kebanyakan menggunakan sistem anda booking awal anda untung dan sekiranya anda booking lewat syarikat penerbangan yang akan untung. Seperti yang kita tahu last minit deal harga semua boleh buat kita pengsan seketika.

Orang pergi bali harga tiket RM250++ awak pergi Bali harga tiket saja sudah RM800++  . Bapa kali ganda macam itu? siapa yang rugi..?

#2- Pakej Pilihan Fully booked

Anda ada hotel idaman untuk percutian bulan madu anda. Nak buat last minit punya pasal akhirnya impian hanya tinggal impian. Apalah salahnya tempah lebih awal. Bulan madu memang boleh pergi banyak kali tapi percayalah yang terpalit di hati bukan percutian yang kedua tapi percutian bulan madu yang pertama.

#3- Persiapan Kelengkapan

Sedang majlis perkahwinan kita semakin hampir maka semakin sibuk kita dengan pelbagai aktiviti dan persiapan yang perlu kita siapkan secepat mungkin. Habis saja majlis tiba-tiba decide nak pergi bulan madu. Baju percutian yang sesuai yang patut bawa entah kemana, beg entah kemana, budget pun entah kemana. Silap-silap pergi bulan madu ke Pulau tapi baju kurung dibawanya sekali. Pening-pening 🙂

#4-Persiapan Mental

Selain persiapan kelengkapan persiapan mental juga perlu anda. Inilah pertama kali kita nak bercuti selama si dia. Jika sebelum ini jika pergi bercuti pun bersama si dia pasti bersama si dia & bilik pun lain-lain. Tapi tidak untuk percutian kali ini. Inilah untuk pertama kali anda tidak perlu lagi merisaukan bilik diketuk kuat Kuasa Majlis Agama Islam Negeri. Ini juga situasi pertama kali anda tidak perlu risau mak & abah anda akan call tanya anda di mana. Sebab mereka sedia tahu anda sudah pun dimiliki orang 🙂

Dapatkan Pakej Bulan Madu Malaysia, Indonesia & Thailand terbaik dari kami.

Comments

Leave a Reply